Anggota hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat.

Anggota hendaklah masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia.

Anggota hendaklah tidak terlibat dengan sebarang tindakan tatatertib.

Jika tuntutan telah melebihi had kelayakan maksimum, pembelian ini akan diteruskan dan dianggap sebagai “Belian Tunai” melalui kaedah Potongan Gaji.

Sekiranya bayaran potongan gaji adalah berbeza daripada jumlah potongan yang dinyatakan melalui ‘Belian Tunai’, Syarikat diberi kuasa untuk memohon kepada HRMIS untuk membuat semakan agar potongan gaji dapat dilakukan dengan sewajarnya.

“Delivery Order” hendaklah ditandatangani oleh anggota sebaik sahaja item diterima dan diserahkan semula kepada pihak courier yang ditugaskan.

Item hendaklah dibungkus dengan teliti dalam bungkusan asal dan Borang Pemulangan yang telah dilengkapkan berserta bukti pembelian hendaklah disertakan untuk tujuan Pemulangan dan Penukaran. Item tersebut hendaklah dibawa ke mana-mana cawangan kurier yang berkenaan yang terdekat dan segala kos ke cawangan berkenaan adalah ditanggung oleh anggota sendiri.

Pertukaran hendaklah adalah berdasarkan sebab 'Factory Defects' sahaja.

Pengesahan atau pemberitahuan melalui emel atau portal dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan item di pihak kami atau kurier mengesahkan bahawa pulangan anda telah diterima dan sedang diproses.

Syarikat berhak meminda terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa sekiranya keadaan memerlukan tanpa memberi sebarang notis kepada anggota terlebih dahulu.